Buy Online!CRAFT-TASTIC String Art, a fun-tastic new string art!

To Stitch or Not To Stitch

Selepas beberapa bulan, hari ni saya menulis semula dalam blog ni. Buat masa ini saya sedang giat aktif membuat cross stitch dan sharing aktiviti cross stitching di FB group.  Saya dapati berbanding dengan belajar sendiri, YouTube & sebagainya, belajar dari pengalaman ahli group FB lebih menyeronokkan dan semangat pun cepat membara apabila melihat hasil tangan kawan-kawan.  Dari FB, saya dapat tahu tentang teknik ‘parking’, ‘railroading’ dan beberapa tips lain yang banyak membantu meningkatkan kualiti hasil jahitan.

Pada bulan depan (Disember 2016), saya akan mula menjahit chart HAED (Heaven & Earth Design).  Dengar-dengar akan ada Stitch-Along HAED dalam group FB, so saya pun beria-ia untuk tumpang sekaki.  Mula-mula, ingat hendak buat design HAED yang kecil ja (dikenali sebagai QS atau Quick Stitch) sebab rasa gerun untuk buat projek besar.  Sudah kumpul benang dan jahit lebih 100 stitches design QS yang super-dupa kiut ini:

faces-of-fairy-66-jasmine-beckett-griffith

Tapi, Alhamdulillah, silap kira stitch.   Kenapa saya bersyukur buat silap?  Sebab, masa buka stitch ni (program mencantas dengan penuh kemarahan sebenarnya), baru sedar suatu hakikat:

Saya tiada kekuatan mental untuk menghadap warna-warna gelap secara berpanjangan.  QS ni walaupun kecil, tapi boleh memakan masa sehingga 2 atau 3 tahun untuk disiapkan.

So, terus abandon QS tu dan mencari design baru.  Mungkin anda hairan mengapa saya nak juga menjahit HAED sedangkan ianya sukar untuk disiapkan (lebih cepat bina rumah dari jahit benda ni), sebabnya:

  1. Chart HAED dipenuhi dengan full stitches sahaja – tiada fractionals, back stitch dan beads.
  2. Banyak designs yang ada ‘WOW’ factor – cantik dan very detailed.
  3. Setiap design dilengkapi dengan chart, jenis fabrik yang disyorkan, senarai kod benang DMC dan jumlah benang yang diperlukan bagi setiap kod tersebut.

Sebenarnya, terlalu banyak design yang saya suka tetapi memandangkan 1 pun payah untuk disiapkan, maka saya paksa diri untuk menetapkan kriteria – mesti yang warna-warni, landscape, boleh menghiasi bilik tidur atau ruang tamu dan stitch count tidak lebih 500 lebar dan panjang.  Saya pilih 5 design yang memenuhi kriteria tersebut, semuanya chart yang berwarna-warni, lebih banyak warna cerah dari gelap.  Then, minta anak-anak shortlist 2 designs dan akhirnya saya pilih 1.  Kalau tengok dari pengalaman stitchers lain, buat QS pun boleh makan masa 2 tahun atau lebih.  Maka itu, chart HAED yang dipilih mestilah suatu design yang saya sanggup mengadap bertahun-tahun.  Inilah chart pilihan saya, Garden Path (Saiz jahitan : 400 W by 506 H; saiz kain fabrik 25ct : 16 in W X 20-1/8 in H) :

garden-path-dennis-lewan

Menyedari betapa rumitnya proses menjahit HAED (bukan susah sangat, tapi memakan masa yg tersangatlah panjang), so, di sini saya ingin berkongsi tips peribadi tentang proses awal sebelum menjahit HAED :

  1. Pilih design yang paling suka (TOTALLY LOVE) sebab itu akan mengurangkan kemungkinan anda menjadi bosan dan tidak berminat untuk menjahit selepas suatu jangkamasa sedangkan anda perlu mengadap chart tu bertahun-tahun.  Kelebihan HAED berbanding dengan kebanyakan chart cross stitch yang lain adalah dari segi perincian – ianya sangat detail, ertinya apabila jahitan siap ia kelihatan seperti suatu lukisan. Oleh itu jumlah ‘X’ untuk dijahit sangatlah banyak dan memakan masa yang sangatlah lama.  So, pastikan anda tahu design tu akan diletak di mana apabila siap nanti.  Takkan susah-susah stitch lepas tu tak tahu nak letak di mana.
  2. Mesti ada target masa dan planning.  Saiz chart HAED ni berbeza-beza, tapi boleh imagine, kalau 500W x 500H = 250,000 stitches.  Saya ada terbaca tentang stitcher yang dapat jahit 100 stitches sejam tapi saya rasa saya cuma dapat buat dalam 20-30 stitches ja sejam.  So, kalau sehari 30 stitches (250,000 / 30), maka  8,333 hari baru la siap atau 22 tahun barulah siap!  Maaakkkk oiii……  Ertinya, kenalah jahit lebih dari tu setiap hari.  Sebaik-baiknya, sediakan jadual supaya HAED anda tidak menjadi UFO (unfinished object).
  3. Test jahitan pada kain sebelum buat keputusan, samada 2 strands over 1 (2 utas benang pada 1 petak) atau 1 over 1, dll. Cuba kedua-dua teknik cross stitch biasa (full cross stitch) atau tent stitch. Saya bercadang untuk guna samada fabric 25-count Lugana atau 32-count Murano Lugana supaya hasil jahitan tidak jadi terlalu besar dan tidak memerlukan terlalu banyak benang.  Harga benang sentiasa naik, so mesti take that into consideration.  Ini merupakan pengalaman pertama guna 25-count – mudah-mudahan mata x jadi juling.  Biasa guna fabric 14-count ja, baru bulan November ni guna fabric 16-count.  Saya pilih fabrik lugana sebab ia mendapat review baik di kalangan stitchers – selesa digunakan, kain tak distort/stretch dan mudah menjahit di atasnya.  Apa-apa pun, mesti test jahit dulu.
  4. Sebaik-baiknya ada hoop atau frame yang sesuai untuk memudahkan proses menjahit.  Magnifying glass yang berlampu pun penting (boleh beli di Mr DIY) supaya mudah membaca chart dan melihat petak jahitan pada fabrik.  Pendek kata, sebaiknya tools sudah siap sedia sebelum mula menjahit supaya mood tidak terganggu oleh perkara-perkara remeh.
  5. Benang boleh dibeli secara beransur-ansur kecuali kalau bimbang tentang harga benang yang sentiasa meningkat.  Sekurang-kurangnya sediakan benang yang diperlukan untuk mukasurat pertama chart design tersebut dan benang yang paling banyak diperlukan.

Buat masa ini, itu sahaja tips untuk dikongsi.  WIPs (Work in Progress) pun masi ada a few untuk disiapkan.  Nasib baik join Wip Wednesday – penyuntik semangat untuk menjahit Wips.  Jika anda ada tips lain untuk dikongsi, sila letak dalam komen di bawah ya.

Have a great day & thanks for reading! 😀

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge